Wednesday, 26 November 2008

angin sampaikan ini pada si-dia

ku pendam sayang ku simpan kasih,
dihujung malam ternanti dinda,
malam siang ku menunggu masih,
pautan rindu suara manja dinda.

sejuk telaga airnya jernih,
simpan sedikit buat perindu,
hati meruntun suara merintih,
setiap masa abang merindu.

Tuesday, 25 November 2008

jangan risau kasih

sudah lama kita tidak bersua,
adakah kamu sihat atau tidak disana,
semakin kurus atau gemuk wajah mu pula,
jangan risau kerana aku masih tidak lupa.

sudah lama kita tidak berborak mesra,
berkasih dan bermanja macam dulu kala,
kongsi masalah dan problem sesama kita,
jangan risau kerana aku masih tidak lupa.

sudah lama kita tidak bertegur sapa,
mungkin sibuk dan masa menjadi punca,
aku tahu kita berubah mengikut masa,
jangan risau kerana aku masih tidak lupa.

Monday, 24 November 2008

nota pendek

hidup tak keruan bak ikan haruan,
cuma belum memakan anak sendiri,
aku dah macam orang kena sawan,
ke hulu ke hilir tak siapa peduli.

Sunday, 16 November 2008

mimpi moon

ku dengar teriakan di pelusuk,
ku pergi mencarimu,
yang ada hanya bayanagan,
gelap yang menyelubungi diriku,
ku jatuh dan bangun lagi,
mencari teriakan yang entah dimana,
kerana kita memang ditakdirkan untuk menjadi satu.

Wednesday, 12 November 2008

dibina semula atas nama nafsunya

berjalan kaki di kaki lima,
melihat keindahan dan panorama,
anak gadis tergedik-gedik bukan mainnya,
ingat ! ini bukan pementasan drama.

tangan dihulur simpati diterima,
harapkan budi, body diberinya,
seumpama kucing melihat hidangannya,
rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari pula.

selepas 9 bulan baru terima hasilnya,
lelaki atau perempuan menjadi tanda tanya,
terima sajalah kalau itu habuannya,
buang ke tong sampah pilihan pertama.

Friday, 7 November 2008

bila soalan bodoh yang ditanya

banyak soal pun tak guna,
memberi jawapan pun merepek saja,
tuliskan pertanyaan di lembah hina,
banyak membaca dari membuat zina.

jawap-menjawap pun tak rugi,
cuma salah dari segi etika hakiki,
adakah kamu cuba fahami,
setiap bait kata yang diberi.

baik kamu diam saja,
atau lebih baik aku cium kamu saja,
tapi di mana?,
adakah di bibir atau dipipi saja.

Thursday, 6 November 2008

2 minit 60 saat

tunggu sekejap,
berikan 2 minit 60 saat,
boleh ku tanya siapa nama,
yang membuat hati bergelora.

tinggal 2 minit,
boleh ku teman jalan bersama,
di sore nan indah dan tenang,
pengubat kekosongan jiwa kelam.

hanya 1 minit lagi yang tinggal,
boleh berikan number handphonenya,
jangan risau..akan ku simpan dan ku jaga,
ku telefon kamu nanti bilakah boleh berjumpa.

kadang-kala hujan tunrun tidak berhenti

aku pernah mati,
di tahun itu,
aku pernah tewas,
di masa itu.

kala rama-rama terbang menacri debunga wangi,
kala siput babi mula mengorak langkah perlahan,
aku masih di situ,
terduduk dan terdampar diam.

hati aku berhenti berkata,
kerana minda bermain onak,
fikiran kusut melayang,
bak angin di waktu petang.

gengam bara biar berdebu,
biar hitam biar berpadu,
rambut sama hitam,
hati tiada yang tahu.

Wednesday, 5 November 2008

noda

menari-nari ditepi api,
uda dan dara bermadu kasih,
segala masalah tolak ke tepi,
hidupkan semangat sementara masih.

ku petik bintang di langit,
satu janji menabur sayang,
uda dan dara masih berkepit,
tidur sebantal ciuman melayang-layang.