Tuesday 25 November 2008

jangan risau kasih

sudah lama kita tidak bersua,
adakah kamu sihat atau tidak disana,
semakin kurus atau gemuk wajah mu pula,
jangan risau kerana aku masih tidak lupa.

sudah lama kita tidak berborak mesra,
berkasih dan bermanja macam dulu kala,
kongsi masalah dan problem sesama kita,
jangan risau kerana aku masih tidak lupa.

sudah lama kita tidak bertegur sapa,
mungkin sibuk dan masa menjadi punca,
aku tahu kita berubah mengikut masa,
jangan risau kerana aku masih tidak lupa.

1 comment: