Wednesday 29 October 2008

rindu-rinduan

ku semai kasih di tepi bibir,
ku tanam rindu di pepohon rindu,
setiap hari asyik terfikir,
bila kita akan bertemu,

dinda seorang pujaan hati,
di dalam tidur sering terpanggil,
duduk bersila diatas titi,
kerana rindu badan mengigil.

Friday 24 October 2008

perempuan simpanan

ku simpan gambarmu di desktop komputerku,
agar menjadi penawar rindu,
ku klik gambar itu,
bila aku terasa rindu,

ku simpan gambarmu di dalam memori handphoneku,
agar menjadi pengubat lara,
ku buka folder berisi gambar kamu,
menjadi temanku setiap waktu dan masa.

Tuesday 21 October 2008

bila semua sudah sebati

diam, bising, diam, kalut,
benci, sayang, cinta, benci,
hampa, kecewa, dendam,
rindu, sayang dan kasih.

Sunday 19 October 2008

berkecamuk bila naga muncul kembali


berkecamuk fikiran,
melihat perwatakan dan gelagat manusia,
coba mentafsir segala,
agar memberi jawapan segar.

berkecamuk hati,
bila fikiran berputar seribu alam,
coba mentafsir segala,
setiap bait kata kejujuran.

Friday 17 October 2008

kehidupan : dari sudut berbeza

bila kita melihat kehidupan dari sudut yang berbeza, kita akan melihat warna sebenar manusia

Wednesday 15 October 2008

bubble open house

welcome to my party,
taste my wine and flesh,
it will make you lovely and grand,
save the best for last,
eat my sorrow and leave it on your lust.

Monday 13 October 2008

aku sudah biasa begini

hanya untuk aku,
aku tak perlu memikirkan pasal kamu,
aku tak perlu fikirkan apa yang kamu pedulikan tentang aku.
kerana aku hanya untuk aku.

panggillah aku orang asing,
panggillah aku orang yang terasing,
kerana aku hanya untuk aku,
di alam barzakh pun hanya tinggal aku.

Saturday 11 October 2008

dataran merdeka

enchanted moment,
we gave all of us,
alone,
together.

Thursday 9 October 2008

untitled (sebuah puisi yang aku tulis dulu-dulu)

aku tahu aku bukan yang terbaik,
namun kucuba lakukan segalanya,
untuk kamu,
cuma terlintas ngiang difikiranku,
setelah semua yang aku korbankan,
adakah kamu masih setia bersamaku?

19 mei 2004.

Wednesday 8 October 2008

lihat tanpa nafsu

tak keruan, sejak akhir-akhir ini saya tak ada mood untuk membaca kembali. buku berlambak di rak buku. hanya mampu melihat tanpa nafsu. macam kucing melihat ikan tapi tidak makan ikan itu. hanyir? tidak, cuma mungkin ada rasa kurang menarik untuk mengapai buku-buku di rak itu dan menyelaknya. malas, mungkin ya.

saya dalam proses mengikis kembali sifat-sifat ini dari hati agar tangan kuat untuk mengapai buku-buku itu kembali.

when ice princess winning her pride

come close to me,
enter me,
feeling me,
like abird that flying free.

whisper to me,
the dying moment,
as i pleasure it with lust,
that will end as my destiny forever.

be there or not to be there

Monday 6 October 2008

sketsa aidilfitri

dulu time raya,
semua orang sering bertanya,
bila lagi hendak hidup berdua,
aku jawab jodoh dan takdir ditangan Tuhan yang maha
esa,
sekarang time raya,
semua orang sering bertanya,
bila lagi hendak hidup bertiga,
aku jawab kalau ada rezeki tak akan kemana-mana.