Thursday 6 November 2008

kadang-kala hujan tunrun tidak berhenti

aku pernah mati,
di tahun itu,
aku pernah tewas,
di masa itu.

kala rama-rama terbang menacri debunga wangi,
kala siput babi mula mengorak langkah perlahan,
aku masih di situ,
terduduk dan terdampar diam.

hati aku berhenti berkata,
kerana minda bermain onak,
fikiran kusut melayang,
bak angin di waktu petang.

gengam bara biar berdebu,
biar hitam biar berpadu,
rambut sama hitam,
hati tiada yang tahu.

1 comment:

Hope said...

I was there too. When you feel you can't move and you are defeated.

Kalah dengan keadaan...