Wednesday, 12 November 2008

dibina semula atas nama nafsunya

berjalan kaki di kaki lima,
melihat keindahan dan panorama,
anak gadis tergedik-gedik bukan mainnya,
ingat ! ini bukan pementasan drama.

tangan dihulur simpati diterima,
harapkan budi, body diberinya,
seumpama kucing melihat hidangannya,
rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari pula.

selepas 9 bulan baru terima hasilnya,
lelaki atau perempuan menjadi tanda tanya,
terima sajalah kalau itu habuannya,
buang ke tong sampah pilihan pertama.

3 comments:

Mak Su said...

wowowo

sakibakidaki said...

susah kalau terus macam ni.

*SiRibenMerah said...

sinis tapi sentap.. hehehe =P