Friday, 26 September 2008

this coming raya

actually, im not excited for this coming raya,
mungkin sebab usia dah semakin tua,
mungkin sebab ada musabab lain,
im not excited for this coming raya,

kalau boleh aku tak nak sambut raya,
tapi since duduk malaysia,
kena jugak sambut raya,
actually, im not excited for this coming raya,

tahun pertama beraya sebagai suami,
berdebar rasa dihati,
lain macam rasa sekali,
but, im not excited for this coming raya,

beraya secara ala-kadar saja,
semua barang naik harga,
kuih muih stok baju raya,
itu sebab, im not excited for this coming raya.

tak semua benda itu indah

lied to me,
give me some miracles,
cause i know from your beautiful eyes,
i feel your heart beating,

i dont feel your love,
things aren't so beautiful now,
i dont feel your heart,
i dont feel your warm love when you touch me,

show me some beautiful,
take me away and fly through you,
come back to me,
i wish it on my endless pray.

Thursday, 25 September 2008

si henry dan kucing

henry terpacul dipintu bersama pisau yang disaluti darah merah,
muka bengis macam pecah rumah,
kucing henry mengiau-giau tanda lapar,
si kucing nak makan friskies,

henry kejar si kucing sambil mengangkat pisau yang berdarah itu,
kucing lari macam nampak hantu,
henry macam hantu,
hantu tak macam henry,

si kucing memboloskan diri masuk lubang kecil dan pergi rumah sebelah,
mengiau-giau lagi tanda mengejek henry,
henry bengang dan berdesut aura marah tinggi,
henry angkat pisau berdarah itu tanda amaran,

masuk rumah,
henry memotong daging itu kembali,
sambil mengomel dalam hati,
'bertuahkan kalau jadi kucing..tak perlu kerja untuk dapatkan makanan',

hanyutkan aku dengan cerita itu

ceritakan kepadaku tentang pari-pari tu,
supaya aku terpesona dengan janji-janji manis itu,
mengharapkan duniaku umpama fantasi,
yang sentiasa bersinar dan berseri,

ceritakan kepada aku kisah berkawan,
agar aku mengerti nilai persahabatan,
menjadi dinding kehidupan,
baik dan buruik jadikan sempadan.

Wednesday, 24 September 2008

kadang-kala ada benda yang tak terucap (for my love)

bagai bayu yang menghembus ke pipiku,
kurasa bagai tanganmu yang menyentuh,
kerana aku amat merinduimu,
sungguh dan pasti,
hujan yang membasahi dirku ini,
terasa bagai kau memelukku,
ku lemas dalam keselesaan itu,
cintaku pada diri kamu,
hanya Tuhan sahaja yang tahu,
dalam doaku ku pinta petunjuk dariNya,
agar kau menjadi milikku selamanya.

ramadhan ini membuat aku insafi diri

ramadhan ini,
aku insafi diri,
ingat kembali,
semua perkara yang dilalui,
baik dan buruk perbuatan kini,
aku redha aku perbaiki diri,
harap segala dosa dicuci kini,
segala yang aku buat akan dirahmati,

bangun pagi

aku bangun pagi,
aku tak pasti,
apa yang aku mahukan,
bila aku mahukan,
sampai bila aku mahukan,

aku bangun pagi,
melihat isteri disisi,
ini yang aku pasti,
pastinya sampai bila aku tak pasti,
semuga kita berbahagia ke akhir nanti.

Tuesday, 23 September 2008

menjelang hari itu

di tengah hujan

ditengah hujan. kita berdiri dan bertengkar. biarpun guruh atau kilat sambar menyambar. kita masih disitu. ditengah hujan (dulu). kita berkasih dan berpelukan. manja, mesra dan mengiurkan. biarpun guruh atau kilat sambar menyambar. kita masih disitu.

Monday, 22 September 2008

isnin memang tak best bila dah sampai hujung bulan

kayu itu

aku lihat kayu itu. imbas kembali kenangan lalu. mekar bermain dimindaku. kulihat kayu itu. kata janji pengubat rindu. madah setia ungkapan darimu. ku lihat kayu itu. itu semua kisah lalu. kau pergi tinggalkan aku. yang tertinggal dikayu itu. "i love you" tulisan kamu.

Sunday, 21 September 2008

bila dosa basi memnuhi jemari kita

mendongak ke langit. mengharapkan garuda untuk hinggapi aku. mamahi aku. menjilat aku. melutut ke bumi. tekopkan muka dengan kelopak jari manis yang dipenuhi darah-darah basi dosa itu. menyembah ke bumi. itulah pengakhiran untuk aku.

Saturday, 20 September 2008

matematik yang membunuh

pengiraan yang dikira. jangkaan yang dilalui. pengesahan adalah yang aku impikan. kesengsaraan pembunuhan. tidak pernah cukup sehingga kamu tahu ia apa. keseronokan untuk mengira adalah yang paling utama. perasaan aku dan fikiran aku terhadap kamu. akan dikira berkali-kali. nombor-nombor itu akan meningkat dan bertambah berjuta-juta kali.

pengganti bukanlah satu solusi

menjalani turun ke lembah itu. terasa sugul dan sayu. aku bersumpah akan membunuh kamu. kamu ceraikan hati aku, bernanah di dalam. satu hari nanti, kamu akan tahu apa yang aku rasa. di dalam hati ini terlalu mengcengkam. saki tahu. masa itu akan tiba, itu janji aku. kepuasan bukanlah dengan cara membunuh kamu. lebih baik menyeksa kamu. membiarkan kamu rasa getar , gegaran peritnya. biarkan ia berputar laju diminda kamu. aku bukanlah seorang pengganti untuk kamu kerana ini bukannya permainan bola-sepak. ini adalah permainan yang penuh kebencian.

merindui pungguk

terlampau banyak masa yang telah aku lewati. aku masih begitu. seperti yang kamu kenal dulu. hati meronta. dahagakan sesuap kasih sayang yang kadang-kala menjerat rohani diri. aku terpesong dengan segala sejarah kita. mengharap? mungkin. menunggu kamu? juga mungkin. tapi aku semakin pasrah dengan kasihani hatiku ini. segala yang berlalu tidak mungkin kembali.

nama kamu tidak termaktub dihati aku lagi

merayu kepada kamu bukanlah apa yang aku fikirkan. melutut dan meminta bukanlah tindakan aku. memeluk dirimu jauh dari pelukan. sejuk seperti ais, itulah hati aku. tidak tahu apa yang aku fikirkan. ditolak dan disisihkan membawa kamu jatuh sekali. tanamkan diri kamu bersama ego kamu. tikam belakang kamu dengan pisau saktiku. kita tidak ditakdirkan untuk bersama. kerana nama kamu tidak termaktub di hati aku lagi.

sisa

buka pintu itu kerana yang tinggal hanya sisa. keluarkan aku dari situ kerana aku tidak mahu menjadi dusta. sisa-sisa yang memenatkan aku. berat, lemah dan sugul semua menjadi satu.

kamu sudah jatuh cinta

bila kamu berasa diawangan. bila sakit tiada kamu rasa. bila hati membuak-buak indah. bila hati tersentuh jelas terasa.

uranus

ropon-ropon hijau itu menjelma. berada betul diatas ubun-ubun kepala aku. sinarannya kelam kelabu. menakjubkan. lalu aku mati disedut kelam kelabu itu.

kamu tiada aku rasa

mencium kamu seperti tiada rasa. tiada nafsi nafsi dan kemahuan lagi. rasa pelik berbaur-baur. seperti aku mencium orang asing. aku pernah mengenal kamu dahulu. tapi tidak sekarang. kenapa kita terperangkap sebegini. walau kita bersenggama, kamu tiada aku rasa. ini bukan kamu ! seumpama aku bergemolan dengan orang lain. orang lain yang mengabui mataku dengan menyintai aku. walau dibelakang aku, kamu cuba membunuh aku.

nanti

ku lihat dirimu jauh disana. berlari mesra. ku rasakan orbit cinta didalam kamu. tapi siapakah yang punya ? ku lihat dirimu mekar. seindah bunga matahari yang kembang setiap hari. harum & istimewa. seumpama lingkaran aura bermain didalamnya. kita pernah bersama. susah bersama. bersedih bersama. bergembira juga bersama. dapatkah kau rasa cintaku padamu? melalui rasa dan hati ? berulang sudah terbit cintaku padamu. ku hanya tunggu satu kepastian dan semoga ia jatuh kepada aku.

percubaan pertama

1234..percubaan pertama yang mengejutkan jiwa